164th Global Geopark Network (GGN) Executive Board Meeting
Mesyuarat ke-164 ExB GGN hari ini istimewa dibuat di sebuah universiti di Kutralkura Geopark, Temuco, Chile. Mesyuarat seharian, 9.00 hingga 6.00pm, tidak sahaja membincangkan aspek pengurusan dan persediaan terakhir 11th Int Conference on UNESCO Global Geoparks yang akan berlangsung pada 8-12 Sept 2025 di bandar Temuco ini, tetapi turut mendengar 5 pembentangan daripada UGGp yang berminat untuk menganjurkan persidangan akan datang.
Lima negara yang menunjukkan minat ialah Indonesia, Finland, Malaysia, Thailand dan Portugal. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, keputusannya akan diumumkan pada majlis penutup persidangan.




