Skip to content

Bookstore

UNDER CONSTRUCTION

Raja Ampat Geopark: Permata Kars Kepulauan Tropika

Bumi Raja Ampat mempunyai sejarah lebih 400 juta tahun, namun hanya sekitar 2 juta tahun lalu, kepulauan ini terangkat membentuk daratan. Kepelbagaian batuan, proses hakisan dan perlarutan batu kapur menghasilkan landskap unggul yang tersergam indah untuk kita nikmati bersama. Buku mewah ini memperkenalkan Geopark Raja Ampat sebagai wawasan pembangunan lestari wilayah yang meraikan warisan alam dan memperkasa ekonomi komuniti. Warisan geologi, kepelbagaian hidupan daratan dan marin, serta budaya dan lagenda masyarakat terjalin rapi dalam kerencaman landskap unggul menjadi khazanah seluruh warga global. Raja Ampat mencetus inspirasi dan wawasan kebersamaan, menjalin keharmonian antara alam dan manusia, menjadi sumber kesejahteraan hidup dan menyedarkan manusia mengenai kebesaran Ilahi. Lawati dan hayati keunggulan Geopark Raja Ampat yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata.
RM180

Mersing Geopark: Lingkaran Volkano Kuno

Buku mewah berjudul Mersing Geopark - Lingkaran Volkano Kuno mempersembahkan cerita mengenai wawasan geopark, landskap berpandangan indah, warisan terintegrasi, kebersamaan komuniti setempat dan peluang memperkenalkan produk geopelancongan berkualiti antarabangsa dalam bentuk gabungan pengetahuan dan fotografi. Peristiva letusan volkano kuno, berlaku putuhan juta tahun lamanya bermula pada zaman Perm (300 juta tahun lampau) adalah binaan asas.yang membentuk dan mengukir bumi Mersing serta perkembangan kehidupan dan tamadun bangsa Melayu di daerah ini. Kepulauan Mersing dan singkapan batuan sepanjang persisir pantai mengandungi banyak geotapak yang menyimpan rekod rahsia alam, sementara hutan simpan kekal di Endau Rompin, Gunung Arong dan di perairan kepulauan Mersing pula mempamerkan kepelbagaian biologi daratan dan marin yang luar biasa.  
RM150

Alam Sekitar dan Kelestarian - Ilmu untuk Masyarakat

Buku terbitan sulung Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM) mewakili pemikiran dan harapan ilmuwan khususnya para profesor mengenai pelbagai isu alam sekitar semasa oleh masyarakat awam dalam arus pembangunan negara. Pasukan Bertindak Alam Sekitar dan Kelestarian berhasrat memberikan pandangan alternatif, menyampaikan dapatan penyelidikan terbaharu, ulasan pengaruh dasar dan maklumat untuk pendidikan awam mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dalam wawasan pembangunan lestari. Buku ini menyediakan sejumlah artikel pendek dalam bahasa yang mudah, merupakan sebahagian keil daripada sumbangan para profesor bagi meningkatkan pengetahuan awam untuk menghayati kepentingan alam sekitar dan tindakan kelestarian. Antara isu yang dikupas meliputi penambahbaikan dasar, perundangan dan garis panduan perlaksanaan dalam sistem pentadbiran negara.
RM35

Sungai Johor Warisan Bersama

Sungai Johor sebuah lembangan sungai unik yang kaya dengan warisan alam dan budaya bangsa Johor. Keunikannya terletak kepada landskap geologi iaitu muara sungai yang sangat lebar dan dilindungi oleh kepulauan termasuk Pulau Singapura. Hasilnya wujud ekosistem tanah bencah dan habitat akuatik mewakili sekitaran laut, zon transisi (air payau) dan air tawar yang meluas, sekaligus menyediakan ekosistem unik dan kepelbagaian biologi yang sangat tinggi. Buku ini mempamerkan kepelbagaian warisan alam dan budaya Sungai Johor yang mash belum diketahui ramai, umpama permata yang belum digilap. Bahagian-bahagian daripada buku ini menunjukkan penyatuan dan hubungan intim antara geowarisan (keindahan landskap), warisan kepelbagaian biologi dan sejarah; serta warisan budaya. Ketiga-tiga warisan ini akan digembleng berasaskan wawasan pemuliharan secara integrasi dan penggunaan sumber yang lestari.
RM150

Burung-burung di Malaysia II

Buku ini mengandungi data dan maklumat terkini mengenai spesies burung terpilih di Malaysia yang dipersembahkan secara jelas. Gambar yang terbaik telah dipilih untuk menyerikan halaman buku ini dengan kod QR yang dilengkapi dengan maklumat terperinci bagi setiap spesies di dalam pangkalan data MyBIS yang berasaskan laman sesawang, yang boleh diakses dengan percuma secara atas talian oleh masyarakat awam. Harapan kami adalah supaya pembaca akan menggunakan bahan yang disediakan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meyertai usaha melahirkan lebih banyak buku dalam siri ini, dan juga untuk meningkatkan pengetahuan kita tentang keajaiban alam tabii yang penting untuk kesejahteraan rohani dan fizikal.
RM100