Anugerah Buku Negara 2024 – 2025; Sungai Johor Warisan Bersama
3 Disember 2025 – Buku berjudul Sungai Johor Warisan Bersama, terbitan Penerbit UKM (UKM Press), telah meraih Anugerah Buku Negara 2024–2025 bagi Kategori Anugerah Buku Mewah Terbaik (Coffee Table Book) yang telah disampaikan semasa Pesta Buku Antarabangsa Selangor yang berlangsung di Setia City Convention Centre 2, Shah Alam. Buku Mewah ini dihasilkan oleh tiga tokoh akademik terkemuka — Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dr. Norhayati Ahmad, dan Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad — yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang geologi warisan, biodiversiti dan pemuliharaan alam sekitar. Pengiktirafan ini menandakan nilai ilmiah serta mutu penerbitan yang cemerlang, terutama dalam dokumentasi landskap, ekologi dan warisan sungai sebagai aset negara.
Anugerah ini turut mengesahkan kedudukan buku tersebut sebagai rujukan visual dan ilmiah yang berkualiti tinggi dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap kepentingan Sungai Johor sebagai warisan semula jadi. Melalui penyampaian maklumat yang berasaskan kajian lapangan, analisis saintifik dan fotografi beresolusi tinggi, buku ini bukan sahaja menonjolkan keindahan ekosistem sungai tetapi juga mengangkat kepentingannya dalam konteks pembangunan lestari.
Kami warga kerja Geopark & Geotourism Creative Solutions (GGCS) ingin mengucapkan Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GGCS atas sumbangan dalam bidang ilmu yang memberi manfaat dan kefahaman khususnya warisan semula jadi kepada masyarakat di Malaysia.
Follow, like, and visit us.
GGCS Official Facebook page: https://www.facebook.com/profile.php?id=61571692967425
GGCS Facebook group: https://www.facebook.com/groups/ggcsofficial
GGCS Website: https://ggcs.com.my/
#AnugerahBukuNegara #pestabukuantarabangsaselangor #ukmpress #ggcs



