Lawatan ke Kinabalu UNESCO Global Geopark
Lawatan Pengerusi LPU universiti awan dan ahli LPU-UPM ke Kinabalu UGGp (dan juga WHS) pada 26 Oktober 2025 adalah sebahagian daripada aktiviti jaringan/ jangkauan sempena Mesyuarat MPLPU dan Mesyuarat LPU-UPM di Sabah.
Semua Pengerusi LPU dan ahli LPU-UPM di bawa melawat ke Poring Hot Spring, Galeri Kinabalu UGGp dan Taman Botani Kinabalu Park. Pada masa sama, kami sempat mendengar taklimat mengenai peranan Council of Elders – institusi yang diwujudkan bagi membantu Kinabalu UGGp/ WHS memulihara alam dan menghormati warisan/ amalan komuniti.
Terima kasih kepada Lembaga Pengarah Taman-taman Sabah yang sudi menyambut dan meraikan lawatan kami. Terima kasih kepada Naib Canselor UMS yang menyediakan tempat mesyuarat kami.












