Geowarisan 101
Ramai yang mengenali keindahan dan keunikan binaan manusia, tetapi tidak memahami proses alam yang mencipta rupabumi! Jika ketamadunan dan ciptaan manusia bermula sekitar 10,000 tahun lalu, ciptaan alami (Allah) terhasil sejak 4,500,000,000 tahun (sejak Bumi terbentuk). Proses binaan ini terawet dalam batuan – membentuk artifak, rupabumi dan landskap.
Penjelasan Foto: 1) aliran lava basalt ke permukaan, apabila membeku membentuk fitur ‘columnar joints’ berjejari kelihatan seperti fosil kayu gergasi; 2) magma (batuan cair) merejah ke dalam batu pasir membentuk struktur daik – boleh dilihat di Teluk Cempedak; 3) batuan sedimen yang mengalami mampatan berterusan dengan sangat perlahan dalam jangka panjang menghasilkan pelbagai struktur lipatan.
Bukti proses geologi menghasilkan rupabumi unik dan berpandangan indah – geowarisan yang perlu dihargai.



