Global Geopark Network (GGN) General Assembly
Setiap 2 tahun, Global Geoparks Network (GGN) akan mengadakan General Assembly dimana semua ahli institusi (229 UGGp) dan lebih 35 ahli Indivitu akan membuat keputusan penting seperti mengesahkan laporan aktiviti dan kewangan, menerima cadangan program baharu dan perlantikan ahli Executive Board GGN untuk 4 tahun akan datang.
Selepas 10 tahun dipilih sebagai Vice President GGN (Association), dan sebelumnya 10 tahun sebagai ahli Biro GGN, tahun ini saya bercadang untuk mengundurkan diri dan memilih untuk tidak dicalonkan lagi. Begitupun, saya masih terus menyumbang selaku Vice Chair Asia Pacific Geoparks Network (APGN) menasihat pembangunan geopark di rantau Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara atau ASEAN. Dan membantu pembangunan aUGGp di Malaysia dan Indonesia selain sebagai penasihat/ pakar dan Penilai Kanan UGGpC.
Perasaan terharu meninggalkan institusi kebajikan yang saya turut menjadi pengasas ini pasti ada, begitupun, saya gembira dapat membimbing pelapis Dr Azmil Munir (Pengurus Langkawi UGGp) membawa bendera Malaysia sebagai ahli Executive Board GGN yang baharu.
Teruskan kecemerlangan GGN, institusi yang menjaring UGGp di seluruh dunia.







