Opening Ceremony – 9th International Course on UGGp, Yunyang Global Geopark, Chongqing
Pagi ini berlangsung majlis perasmian International Course on UNESCO Global Geopark (UGGp) – lebih 100 peserta menghadiri kursus ini. Pertama kali saya melihat, program di atur dan dilangsungkan dengan kemas dan cemerlang.
Ini merupakan kursus antarabangsa mengenai UGGp ke-2 terpenting selepas Lesvos Intensive Course yang diadakan di Greece, Europah. Ini adalah kursus ke-9, dianjurkan oleh Chinese University of Geosciences, Beijing dengan rakan kongsi sebuah UGGp di China. Kali ini, Yunyang UGGp menjadi rakan kongsinya.
Majlis dirasmikan oleh Vice Mayor Chongqing Municipility. Antara yang menyampaikan ucapan ialah Prof Sa (Presiden baharu GGN), Prof Nikolaos (Secretary General GGN), dan Prof Jin (Coordinator APGN).
Saya menghadiri hampir semua kursus sebelum ini sebagai pakar bidang atau mewakili Global Geoparks Network (GGN) atau Asia Pasific Geopark Network (APGN).
Sekali guru, tetap guru – berkongsi ilmu dan pengalaman bersama peserta.









