World Soil Day
World Soil* Day akan disambut pada 5 Disember, memandangkan pentingnya tanah atau ‘tanih’ dalam kehidupan dan tamadun manusia. Mungkin satu-satunya hubungan intim ialah ‘tanah yang subur penting untuk pertanian’.
Tidak ramai yang menyedari, tanih ialah ‘geodiversity’ – lapisan dipermukaan bumi terbentuk daripada gabungan batuan induk di bawahnya dan bahan organan hasil pereputan tumbuhan di atasnya. Di sini, wujudnya gabungan bahan asal ‘geodiversiti dan biodiversiti’ secara beransur yang mengambil masa ribuan tahun lamanya. Rajah Profil Tanah menjelaskan konsep integrasi ini.
Apabila ahli biologi menghuraikan ekosistem atau habitat, mereka sering membuat hubungkait antara topografi, iklim, kelimpahan air dan tanih (top soil). Ini bukan cerita yang lengkap! Bentang alam (landskap) yang menyediakan tapak ekosistem dan habitat dipengaruhi oleh ‘proses geologi’ – proses dalaman (volkanisme, orogeni, pergerakan tektonik); dan proses luaran – luluhawa, susutan darat, hakisan dan pengendapan. Dan perkara dasar kepada proses ini ialah ‘kepelbagaian jenis batu-batan!
Batuan dan tumbuhan berinteraksi pada perantara ‘tanih’; dan kedua2 batuan dan tumbuhan berhubungan dengan budaya dan tradisi manusia dengan ‘bahan binaan dan sumber makanan’. Tiada apa yang tersendiri, semuanya bergantung antara satu dengan lain.
————-
*soil dalam bahasa Melayu ialah tanah atau tanih. Tanih lebih menepati maksud ‘top soil’ iaitu bahagian atas yang subur. Tanah dalam BM juga bermaksud ‘land’, ie Semenanjung Tanah Melayu.



