
Uncategorized

Syukur ke hadrat Ilahi, Majlis Pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan selamat disempurnakan hari ini (18 Jan 2024) oleh DYMM Yang Dipertuan Agung di Sg Relau, Lipis. Ini adalah pengikhtirafan istimewa kepada program geopark kenangsaan di mana, buat pertama sekali DYMM Agung sendiri melakukannya.
Pada majlis ini YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan YAB Menteri Besar Pahang telah menyampaikan ucapan. Antara lain, YAB Menteri Besar menegaskan, geopark ialah wawasan pembangunan lestari wilayah, ia bukan sahaja memberikan perhatian kepada pemuliharan warisan, tetapi menggalakkan pembangunan ekonomi masyarakat dan meningkatkan potensi pelancongan di kawasan luar bandar. Wilayah geopark boleh dibangunkan seperti yang telah di rancang di dalam Pelan Struktur, tetapi hendaklah dilakukan secara lestari, mesra komuniti dan mesra alam sekitar.
Tahniah JK Pembangunan dan Promosi Lipis Geopark. Terima kasih Perbadanan Taman Negara Pahang (PTNP) yang berupaya menyelaras semua pihak berkepentingan. Dan GGCS yang menjadi perunding saintifik dan teknikal bagi menjayakan projek Lipis Geopark ini.

Lenggong ke Arah UGGp
Kami menilai semula sempadan geopark, apakah telah mencukupi atau perlu diperluaskan meliputi keseluruhan daerah Hulu Perak (Barat)?
Ia meliputi mukim Pengkalan Hulu, Belukar Semang dan Kerunai? Apakah terdapat geowarisan bernilai kebangsaan/ antarabangsa?
Pekak Pengkalan Huju (dahulunya Keruh), adalah tempat batuan Formasi Keruh didefinisikan, dan gunung berdangai Gunung Kerunai (1000m) dan Gunung Kenderung (1223m) terletak di sempadan Mukim Gerik dan Kenerung. Tuf Gerik, satu lagi formasi batuan yang berada di luar Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan.
Hari ini, kami akan meneroka lagi untuk mencari jawapan terbaik.
6th Regional Course on UNESCO Global Geoparks
This Regional Course is yearly event organize by Langkawi UGGp, 21-23 October 2023. 87 participants attended the course, representing national and global geoparks from Malaysia, Indonesia, Thailand and Philippine.
This course covered diverse topics, including the history, development, and management for sustainability, environmental challenges in island geoparks, geosite conservation and geotourism, and more, given by the Geopark Experts:
- Ms. Jagoda Woloszyn (Oki Island Geopark, Japan)
- Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
- Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari (Langkawi UGGp)
- Dato’ Prof. Dr. Norzaini Azman
- Dr. Che Aziz Ali
- Prof. Dr. Norhayati Ahmad
- Ms. Rasanubari Asmah Rahmah Abdul Hamid (Langkawi UGGp)