International Geodiversity Day 2025
Saya diundang oleh Delta Sarawak aUGGp untuk menyampaikan ucapan utama sempena International Geodiversity Day, 6 Oct 2025. Saya memilih tajuk, ‘One Earth, Many Stories’ bersesuaian dengan tema tahun ini.
Oleh kerana peserta yang hadir kebanyakannya adalah komuniti geopark, saya mengambil peluang untuk menjelaskan konsep geodiversity, geoheritage dan geosite – dan peranan pentingnya dalam membangun geopark. Tanpa ‘geological heritage of international significance’ dan wakilannya dalam bentuk sejumlah geotapak, kita tidak boleh membangunkan geopark!
Dua tema utama dalam mempromosi geopark ialah: ‘meraikan warisan bumi, mensejahterakan masyarakat’; dan ‘geopark bukan hanya mengenai batuan, tetapi juga mengenai manusia di dalam wilayahnya’ sering disalahtafsirkan, ‘geopark boleh dibangunkan jika kita bangunkan komuniti di dalamnya’. Begitupun, kedua-dua kenyataan di atas menjelaskan, ‘komponen utama geopark ialah geowarisan (geotapak)nya – pembangunan komuniti geopark perlu berpaksikan kefahaman mengenai geotapak – kepentingan untuk memulihara, dan dimanfaatkan secara lestari.







