Kursus Geoguide Lenggong Geopark
26 Januari 2026 – Malam tadi saya memberikan kuliah kepada geoguide dan pengusaha geopelancongan di Tasik Raban, Lenggong Geopark. Mungkin ini adalah beberapa ‘syarahan terakhir’ untuk kursus seperti ini – saya telah menyediakan beberapa staf seperti Dr Rapidah untuk mengantikan saya. Mereka sudah boleh melakukan dengan sedikit bimbingan.
Saya memilih tajuk ‘Geotapak, Geopark & Geopelancongan’ – kalau mereka mahu menjadi ‘geoguide yang baik’ di Lenggong Geopark, mereka perlu menghayati 3 konsep asas ini dan kembangkan berasaskan pengetahuan dan kemahiran masing2.
Geotapak ialah ‘sumber bumi baharu’ yang menjadi blok binaan untuk sebuah geopark;
Geopark ialah wawasan membangun dan mengurus sebuah wilayah istimewa berteraskan kehadiran ‘geotapak bernilai kebangsaan/ antarabangsa’; &
Geopelancongan ialah pendekatan terbaru dengan menggunaksn geotapak dalam pembangunan ‘pelancongan di sebuah geopark’. Gembira bersama geoguide di Lenggong Geopark ini.


