Museum 13 SDN Panjunan II Bojonegoro aUGGp
19 Januari 2026 – Museum ‘Paleontologi’ ini unik dalam beberapa hal – biasanya museum seperti ini berada di Jabatan Geologi, IPT atau Museum Sains Negara, bukannya berada di sebuah ‘Sekolah Rendah Negeri’!
Ia buka sekadar museum, tetapi aspirasi dan kesungguhan seorang guru di SDN Panjunan, Pak Hary (bujan ahli paleontologi, baharu sahaja bersara) beriltizam membuat koleksi fosil yang berada di wilayah Bojonegora untuk dijadikan ‘bahan pendidikan dan warisan alami’. Beliau membawa guru2 lain dan pelajar sekolahnya untuk bersama menjayakan aspirasi ini.
Setiap cuti minggu, beliau membawa pelajar ke lapangan untuk membuat pencarian dan koleksi, dan pelajar di bimbing untuk mengenalpasti fosil, membersih, mengukur sifat fosil dan akhirnya mengenalpasti haiwan purba yang kini telah menjadi fosil. Dalam konteks ilmiah, aktiviti ini dikenali sebagai ‘pemburu fosil amatur’ – dalam sejarah jumpaan fosil hebat di dunia, awalan jumpaan adalah dilakukan oleh ‘amatur paleontologi’ ini.
Usaha yang dijalankan di SDN Panjunan ini, amat besar maknanya kepada ahli paleontologi dan ahli geologi tempatan, maklumat yang terkumpul sesuai untuk pendidikan awam, dan bagi anak2 sekolah ini – menguja semangatnya untuk menjadi ahli sains terkenal di masa hadapan. Mesuem 13 dan SDN Panjunan amat penting dijadikan Rakan Bojonegoro aUGGp – tempat lawatan para pelajar mengenali haiwan kuno dan sejarah alam tabii.











