Glasshouse Mountains, Queensland Australia
6 Februari 2026 – The National Heritage Listed Glasshouse Mountains ialah kawasan gunung terasing berketinggian antara 250 hingga 550m di dalam ‘8 National Park bersiri’. Dalam istilah semasa, kawasan ini sesuai dinamakan sebagai ‘geotapak’ mewakili ‘the best example in Australia of an exposed sub-volcanic landform’.
Sekitar 25 juta tahun lalu, intrusi magma masuk ke celah2 rekahan batu pasir membeku membentuk sil, daik dan lakolith. Jutaan tahun selepas itu, batu pasir mengalami hakisan dan mendedahkan fitur intrusi sama seperti ketika ia membeku 25 juta tahun lampau.
Kita dapat melihat landskap batuan intrusi ini terdedah membentuk gunung-gunung terasing seperti keadaannya di bawah permukaan, kerana sifatnya yang sangat keras dan sukar terhakis.
Taman negara ini, dimasukkan dalam senarai warisan kebangsaan berdasarkan ‘nilai geowarisan penting bertaraf kebangsaan’.
‘Geotapak’ ini telah dibangunkan dengan prasarana yang baik untuk pengunjung menikmati keindahan landskap luarbiasa sambil mempelajari warisan geologi, biologi dan budayanya.












