Gondwana Rainforests of Australia WHS
Dorringo NP, NSW
20 Februari 2026 – “The Gondwana Rainforests of Australia are a UNESCO World Heritage-listed network of 41+ protected areas spanning from Newcastle to Brisbane along the NSW-Queensland border”
Kami sempat melawat satu daripadanya iaitu Dorringo NP berhampiran Coffs Harbour. Pada mulanya saya tertanya-tanya mengapa wakilan ‘rainforests’ di Australia di angkat sebagai WHS, tetapi tidak di rantau tropika lembab seperti Malaysia, Indonesia, Brazil, Congo umpamanya? Selepas lawatan ini, saya sedar beberapa perkara penting diperlukan sebelum cadangan WHS diajukan:
Pertama, kajian saintifik yang komprensif diperlukan, di tambah pula dengan kajian perbandingan antara satu tapak dengan yang lain bagi menjelaskan ‘perbezaan dan keunikan’; dan
Kedua, cadangan ‘tajuk dan kandungan’ untuk ditonjolkan sebagai WHS, serta pemilihan kriteria OUV yang tepat.
Di Australia, mereka memilih ‘Gondwana Rainforest’ untuk menjelaskan taburan rainforest di benua besar Gondwana jutaan tahun lampau ketika ‘serpihan Australia’ berada di rantau tropika lembab, dan yang menjadi OUV ialah tinggalan fauna dan flora yang masih kekal, walaupun Australia sudah tidak berada di zon tropika lembab!
Dorringo NP adalah lokasi terbaik untuk dilawati untuk belajar, meneroka atau melancong. Kemudahan pendidikan dan rekreasi luar biasa.











