Geosite (Geotapak)
7 Februari 2026 – Geosite or Geological Heritage Site ialah tapak pemuliharaan warisan tabii disebabkan ‘nilai saintifik tinggi’. Jika ia baru sahaja dikenali/ dikaji kita boleh panggil ‘potential geosite’; kalau sudah dicadangkan untuk dipulihara, kita panggil ‘aspiring geosite’; dan jika telah diterima untuk dipulihara mewakili negeri, negara atau antarabangsa, barulah boleh di panggil ‘geosite’. Di negara kita umpamanya, jika geosite terletak dalam ‘kawasan perlindungan hutan atau Taman Negeri/ Negara’ dan diikhtiraf oleh pengurusnya, bolehlah kita namakan geosite.
Geosite mempunyai banyak wajah dan nilai warisan yang pelbagai. Yang paling ketara ialah nilai estetik (keindahan dan bentuk yang unik), ia juga mempunyai nilai kepelbagaian biologi, dan sering juga mempunyai nilai budaya. Nilai saintifik ialah nilai intrinsik (tersembunyi), berkaitan dengan sejarah evolusi Bumi penting untuk sains, penyelidikan & pendidikan. Untuk menjadi geosite – kita perlu mengenali semua nilai ini dan meraikannya.
———
*Mount Coonowrin (377m), satu daripada gunung di Glasshouse Mountains, Australia.



