Geowarisan Petroleum Bojonegoro aUGGp
19 Januari 2026 – Katanya satu per tiga sumber Oil & Gas Indonesia datangkan daripada lapangan minyak Bojonegoro – tentu wilayah ini amat luarbiasa ‘sistem geologi’ yang menakung sumber bumi penting ini. Begitupun, keajaiban yang lebih menyerlah ialah di sini, mungkin satu-satu lokasi di dunia, pengeluaran minyak diusahakan oleh masyarakat, menggunakan teknologi watan (tradisional), dan ‘legal’ daripada perspektif perundangan. Lapangan minyak dangkal (100-200m) ini telah diterokai sejak 1880an.
Lebih 700 telaga minyak masih diusahakan oleh masyarakat, turun temurun – seperti sejarah ‘black gold rush’ ratusan tahun dahulu terawet hingga ke hari ini. Ini bukan sekadar sejarah pertambangan minyak, tetapi warisan terintegrasi antara geologi, sumber alam, kearifan (teknologi) watan dan inovasi pengurusan – kita perkenalkan keistimewaan ini sebagai ‘Geowarisan Petroleum’ bersesuaian dengan idea ‘geowarisan berkepentingan antarabangsa’ seperti yang diilhamkan oleh wawasan Global Geopark.









