Dataran Banjir Bangawan Solo
19 Januari 2026 – Dataran Banjir Bangawan Solo adalah ‘geotapak’ penting terletak di barat Bojonogegoro aUGGp. Dataran ini terbentuk oleh limpahan sedimen Sungai Solo, sungai terpanjang di Pulau Jawa, mengalir dari Gunung Sewu UGGp. Di sini lembah sungai lebar disebabkan proses meander menyediakan bentang alam yang sangat subur. Dataran banjir ini telah dibangunkan oleh komuniti lokal sebagai hamparan sawah padi yang meluas.
Bersama rezeki (kesuburan tanah), datang juga ‘bencana banjir’ yang boleh merosakan harta benda’. Di desa Ngringinrejo, komuniti tempatan mengusahakan ladang belimbing untuk dijadikan sumber ekonomi tempatan melalui agrowisata. Pada masa yang sama, usaha inovasi tanaman belimbing bertujuan untuk mengurungkan impak proses banjir kerana pohon belimbing tahan terendam oleh air bah, dan pada masa sama mengurangkan proses hakisan tebing.
Inilah pendekatan berinovasi yang dianjurkan oleh wawasan geopark yang memberikan tumpuan kepada ‘pemuliharaan warisan sambil mendapat faedah ekonomi kepada penduduk lokal.







