Bromo Tengger Seneru National Park
18 Januari 2026 – Calon Geopark National Bromo Tengger Semeru ialah kompleks landskap volkano yang berpandangan indah, menarik pelancong lokal untuk meneroka, berekreasi dan menikmati udara nyaman serta keunikan landskap. Bromo, volkano yang masih aktif, mengeluarkan wap air berbau sulfur mempunyai kaldera yang sangat luas, dikenali sebagai ‘lautan pasir’, sementara Semeru (3,600m) adalah gunung berapi tertinggi di Indonesia. Paling menarik adalah ‘geotourism berjeep’ yang menjelajah wilayah ini mulai jam 1 pagi hingga tengahari. Pada sekitar jam 8 hingga 10 pagi kita dapat melihat lebih 500 buah jeep berada di lautan pasir Bromo, seperti satu perhimpunan antarabangsa yang besar.
Perkara yang paling menarik di wilayah Bromo Tengger Seneru ialah kegigihan komuniti tempatan menanam sayur-sayuran di cerun luar kaldera – pemandangan landskap pertanian di cerun lembah yang curam amat mengkagumkan.












