Karnival Geosains UKM 2026
10 Januari 2026 – Hari ini saya meluangkan masa untuk bersama meraikan Karnival Geosains UKM 2026. Niatnya, untuk mendengar pembentangan hasil penyelidikan pelajar tahun akhir*, dimana kerja lapangannya dibiaya oleh GGCS sebagai sebahagian dpd program CSR kami. Kenyataannya, saya turut menyantuni beberapa acara tambahan, ie mendengar kertas keynote mengenai ‘Gonservation Geology’, menghadiri Majlis Perasmian, melihat beberapa pameran dan berjaring dengan pensyarah dan alumni.
Pandangan saya, Karnival ini adalah satu program ‘geosains untuk masyarakat’ terbaik pernah dianjurkan oleh Program Geologi, FST-UKM. Ia memperkenalkan pelbagai aktiviti dan melibatkan pelajar sekolah, ibu-bapa, alumni, pelajar dalam dan luar negara – syabas.
Teruskan usaha begini, insyaAllah bidang geologi akan dikenali ramai, motivasi pensyarah & pelajar akan meningkat, dan kewibawaan program pengajian semakin mantap.
———————-
*saya mengikuti beberapa pembentangan kursus pemetaan geologi dan penulisan laporan (tesis) tahun akhir dan mendapati pendekatan dan kaedah perlu diperbaiki. Lebih-lebih lagi BoG memerlukan pelajar geologi perlu mempunyai kemahiran membuat peta geologi umum. Saya berpendapat, perlu ada keseragaman ‘kaedah dan penulisan’ supaya hasilnya lebih baik dan menyumbang kepada maklumat/ data baharu. Mungkin satu bab khas berkaitan bidang kepakaran ie Geologi Kejuruteraan, Geologi Ekonomi, Geologi Sekitaran/ Penuliharaan, Geokimia/ Geofizik/ dll boleh diperkenalkan. Saya syorkan, laporan (tesis) tahun akhir perlu padat dan tidak melebihi 50 ms, mengandungi bab asas berikut:
– Pengenalan Projek
– Kajian literatur
– Kaedah/ Metodologi kajian
– Hasil/ dapatan
– Analisis/ Interpretasi Geologi, dengan peta/ keratan rentas geologi, dan
– Hasil kajian khas.







