International Mountain Day
11 Disember 2025 – Hari ini Selangor bercuti kerana menyembut Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-80, hari yang sama, seluruh warga dunia menyambut International Mountain Day. Apa itu Gunung atau banjaran Gunung?
Gunung ialah ‘landskap geologi’ mewakili kawasan tinggi, lazimnya berketinggian melampaui 1,000m. Pergunungan terbentuk melalui ‘proses geologi, sebagai contohnya mampatan dan pengangkatan kerak bumi (orogeni); letusan gunung berapi (volcanisme); atau proses hakisan yang meninggalkan batuan keras membentuk tanah tinggi.
Di Semenanjung Malaysia, contoh terbaik ialah Banjaran Titiwangsa – merentas dari Perak hingga Johor, membahagikan antara Pantai Barat dan Timur. Di Sabah, terdapat Banjaran Crocker dan Banjaran Trusmadi. Gunung Kinabalu pula, menonjol sehingga lebih 4,000m! Di Sarawak, ia membentuk Dataran Tinggi yang meluas dengan Puncak atau banjaran yang berketinggian melampaui 1,000m.
Mengapa perlu diraikan? Pergunungan adalah wilayah terpenting untuk sember kehidupan, dan paling sensitif dengan gangguan manusia. Dalam budaya Melayu Islam, gunung di anggap ‘pasal bumi’, dalam budaya lain, ada yang menganggap gunung adakah tuhan – memberi rezeki atau membawa bencana. Landskap yang mengatur cuaca tempatan, punca hulu sistem sungai yang menyediakan air bersih, sumber kepelbagaian biologi untuk makanan dan bahan binaan. Dan mudah terganggu sehingga menjadi punca bencana alam.
Banyak wilayah pergunungan sudah mengalami degradasi (kerosakan), atau gangguan oleh aktiviti manusia sehingga fungsinya sebagai ‘perkhidmatan alam sekitar’ mulai terbatas. Kita perlu mengingati kelestarian gunung untuk kesejahteraan kehidupan!





