Langkawi UGGp
Kami membuat site and drone photography untuk merakamkan pelbagai komponen tradisi dan amalan komuniti setempat di Langkawi Geopark. Suatu yang paling menarik dan ramai yang tidak mengenalinya ialah kehidupan nelayan pesisir – mereka menjadikan muara sungai tempat jetinya.
Kehidupan tradisi nelayan dan destinasi pelancongan antarabangsa adalah 2 fenomena yang seakan bercanggah. Di satu pihak, perkampungan, jeti, gaya hidup masih kekal seperti tahun 1960an; dan yang satu lagi, ruang hotel dan kemudahan seakan hidup di syurga. Saya percaya, kedua-duanya boleh berada di tempat yang sama, tetapi mereka perlu memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Sekarang, hampir semua perkampungan nelayan, tidak dapat kekal dalam keadaan asli – ada yang sudah tersepit dengan hotel 5 bintang di kiri, dan kanannya pula pembangunan kemudahan 5 bintang. Satu hari, mungkin benar kata perpatah, ‘melukut di tepi gantang’ menjadi kebenaran di Langkawi.