Tahniah kepada pengurusan Lenggong aUGGp kerana berjaya menganjurkan International Seminar pada 11-13 April 2025. Seminar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan menjadikan Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark ke3 di Malaysia, selepas Langkawi dan Kinabalu. Tujuan utama seminar ini ialah memperkenalkan keistimewaan dan kesesuaian Lenggong sebagai calon UGGp kepada rakan APGN, membina jaringan dengan geopark di Indonesia, Vietnam, Thailand dan Iran; dan berkongsi pengalaman dan praktis terbaik sesama UGGp. Lenggong akan menerima 2 penilai UNESCO pada Julai 2025 ini bagi menjalankan misi penilaian lapangan untuk selangkah lagi ke hadapan.
Keupayan pegawai Majlis Daerah Lenggong dan Gerik, diketuai oleh Tuan Mohamad Fitri Hassan, Pegawai Daerah Hulu Perak, merangkap Pengerusi Lenggong Geopark. Semangat, didikasi dan keupayaan mereka terserlah selama 3 hari kami berseminar. Ini pertama kali di Malaysia dibangun dan diurus sepenuhnya oleh pasukan dari Majlis Daerah – dan inilah ‘model pengurusan’ yang terbaik bagi memastikan kelestarian sebuah geopark. Prof Dato Mokhtar Saidin, ahli akademik yang berpengalaman menjayakan pencalonan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pula dilantik sebagai Penasihat Lenggong aUGGp.
Selaku Vice President Global Geopark Network (GGN), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah diundang untuk menyampaikan kertas dasar bertajuk ‘De Facto Geopark: Strategy to Organise UGGp Evaluation Mission’. Matlamat saya ialah bagi mengingatkan perkara asas dan prioriti bagi berhadapan dengan misi penilaian pada Julai nanti. Beberapa kertas dari rakan GGN, ie Alireza (Qeshm UGGp), Dr Tran Tan Van (UGGp Veitnam), Ms Pakkaporn (Khorat UGGp), Mr Mohamad Farid (UGGp Indonesia), Dr Azmil (Langkawi UGGp), Mr Justinus (Kinabalu UGGp) turut disampaikan untuk perkongsian pengalaman.
Semoga perjalanan menuju ke UGGp mencapai kejayaan dan diberkati Ilahi.