Seminar Jaringan Lenggong Geopark 2024
Program jni boleh di anggap ‘sejarah baru tercetus’ dalam perkembangan Geopark Kebangsaan (GK) – seninar pertama mengenai ‘jaringan Geopark Kebangsaan’ dianjurkan oleh sebuah GK iaitu Lenggong. Seeloknya Seminar Geopark Kebangsaan dianjurkan setiap tahun dan Jaringan Geopark Malaysia (JGM) – sebuah institusi jaringan yang baharu sahaja diwujudkan pada tahun 2023.
Sslaku Naib President Global Geoparks Network (GGN), saya dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai Permohonan dan Faedah menjadi UNESCO Global Geopark. Kebetulan, Lenggong merancang untuk membuat permohonan pada akhir tahun 2024, dan dijangka boleh menjadi famili besar UGGp menjelang 2026.
Dalam ucapan perkongsian and ucapan ketika Majlis Penutup, saya nyatakan ada 3 bentuk persediaan yang akan diteliti oleh penilai UNESCO:
a) usaha pemeliharaan geotapak;
b) pemerkasaan komuniti untuk terlibat aktif;
c) pembangunan geopelancongan untuk ekonomi masyarakat.
Seminar ini amat berjaya, syabas kepada Lenggong Geopark sebagai pengajur sulung. Semoga perkongsian di peringkat kebangsaan dapat mencetus kegairahan semua GK untuk membina keistimewaan geopark masing-masing.