Lipis Geopark: Tapak Geologi, Tapak Warisan Geologi & Geotapak
Semasa membuat tinjauan di aspiring Lipis Geopark (aLG), kami mengumpul maklumat yang sesuai untuk diperkenalkan sebagai ‘tapak warisan’, khususnya yang berkaitan dengan ‘warisan geologi berkepentingan antarabangsa’, warisan biologi berkepentingan kebangsaan, & warisan budaya berkepentingan kebangsaan/ negeri. Untuk menentukan dengan pasti – kajian terperinci dan penilaian warisan perlu lakukan.
Dalam membuat tinjauan, kami perlu membezakan tapak/ landskap berkaitan 3 istilah berikut:
- Tapak Geologi: tapak atau singkapan batuan yang menarik perhatian ahli geologi, mengandungi ‘fitur geologi’ yang boleh menjelaskan fenomena/ proses geologi setempat. Sesuai sebagai tapak penyelidikan dan pembelajaraan.
- Tapak Warisan Geologi: tapak atau landskap yang mengandungi gabungan ‘fitur geologi’ yang istimewa/ menarik/ bernilai saintifik’. Lazimnya telah dikaji dan diterbitkan dalam jurnal mengenai fenomena/ proses geologi di tempat/ kawasan tersebut.
- Geotapak: tapak warisan geologi yang telah dipetakan dan dinilai berasaskan kepentingan dan taraf warisannya. Telah dipelihara/ pulihara berasaskan pendekatan tradisional atau perundangan. Sebahagian daripada geotapak ini mempunyai nama berlainan, ie. Monumen Geologi, Taman Rekreasi atau Geologi, Landskap Berpandangan Indah, atau Tapak Warisan Alam dll.
Untuk membolehkan Lipis Geopark diperkenalkan, penggunaan istilah ‘tapak warisan geologi’ bagi mewakili ‘tapak dan landskap berkepentingan antarabangsa’ telah memadai.