Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah diundang sebagai Penasihat, Malaysian Geoparks Network (MGN) yang mengadakan mesyuarat 1/2025; diikuti dengan Mesyuarat Malaysian Global Geoparks Network (MGGN) pada 13 Mac 2025.
Kedua-dua mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Azmil Munir – Pengurus, Langkawi UGGp. Bersyukur dan berbangga dengan pencapaian dan pembangunan wawasan geopark dalam negara. Ketika ini, Malaysia memiliki 2 UGGp, 2 aUGGp dan 9 Geopark Kebangsaan.
Dua perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah:
1) Persidangan Pertama Geopark Kebangsaan yang akan dianjurkan oleh Kinabalu UGGp pada 22-25 Mei 2025. Persidangan bersejarah ini akan menghimpunkan pengurus, pemain pelobcangan dan komuniti daripada 13 Geopark Kebangsaan dari seluruh negara. Persidangan ini juga diharapkan dapat mempromosikan agenda Geopelancongan dan Pembangunan Lestari Wilayah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
2) Mesyuarat mendengar kemajuan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh Sarawak Delta aUGGp dan Lenggong aUGGp untuk dinilai oleh UNESCO di jangka pada bulan Julai-Ogos tahun ini. Jika diizinkan Ilahi, tahun 2026 kedua-dua geopark ini boleh bergelar UGGp.
—————-
*UGGp adalah ahli Global Geoparks Network (GGN), mengikut perlembagaan GGN, MGGN perlu dibentuk sebagai institusi penghubung antara ahli individu UGGp negara dengan APGN & GGN.