Hari ini dalam sejarah, Kinabalu UNESCO Global Geopark menganjurkan Persidangan Jaringan Geopark Malaysia yang pertama di Marriot Hotel Kota Kinabalu. Persidangan ini telah dihadiri oleh lebih 150 peserta, khususnya wakil daripada 12 Geopark Kebangsaan di Malaysia.
Terima kasih urusetia Persidangan Jaringan Geopark Malaysia khususnya pihak penganjur Kinabalu UNESCO Global Geopark kerana menjemput Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bagi menyampaikan kertas dasar bertajuk ‘Transformasi Geopark di Malaysia.