Syarahan Umum di Unigoro
21 Januari 2026 – Kami di undang untuk menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Bojonegoro (Unigoro). Syarahan disampaikan kepada para pensyarah (dosen) dan pelajarnya. Ini pertama kali kami diundang untuk ke universiti dalam rangka penasihatan geopark.
Dalam menyampaikan syarahan dan sesi soal jawab, kami memberikan tumpuan kepada menjelaskan peranan institusi universiti dalam pembangunan geopark. Geopark ialah ‘inovasi sosial’ iaitu menterjemah pengetahuan sains untuk masyarakat. Oleh itu, kepimpinan akademik (sains) adalah satu komponen penting untuk menjayakan geopark – pengisian geopark diilham dan diperkenalkan oleh ilmuwan!
Semoga, Unigoro boleh menjadi pemimpin sains untuk kemajuan Bojonegoro Geopark.




