Borneo secara umumnya ialah ‘terain batuan muda’, batuan paling tua hanya berusia Devon (sekitar 400 juta tahun) iaitu ‘serpihan blok benua’ yang mungkin berasal daripada Laurasia (pecahan benua besar Pangea kepada Gondwana dan Laurasia). Di SDGp, serpihan benua tua ini diwakili oleh Batuan Formasi Tuang, terdedah di kawasan Country Hill dan Petrajaya. Inilah ‘dasar Borneo’ yang menjadi nukleus pembentukan semua batuan yang lebih muda selepas itu.
Batuannya terdiri daripada filit, syis dan hornfel (batuan metamorf rantau) yang menunjukkan struktur rencam disebabkan canggan tektonik ekstrem). Kebanyakan batuan yang terdedah di permukaan telah mengalami luluhawa kimia membentuk ‘tanah baki’. Singkapan terlulihawa sedikit dan sederhana hanya dijumpai di lokasi terhad dan akan dipilih sebagai geotapak.
——————
*SDGp memilih tapak di Country Hill dan Petrajaya sebagai ‘Geotapak Syis Tuang’ wakilan blok Pelantar Sundar, serpihan daripada benua Laudasia yang menjadi batuan dasar iaitu batuan tertua di Borneo. Geotapak ini mempunyai nilai saintifik berkepentingan antarabangsa kerana menyimpan rekod – serpihan benua kuno Laurasia dan blok Sunda (percantuman antara Gondwana (Sibumasu) dan Laurasia (Indochina/ Malaya Timur/ SW Borneo). Perlu di pelihara/ pulihara sebagai rekod sains, penyelidikan dan pendidikan awam.