Dari Bangi ke Yunyang UNESCO Global Geopark (UGGp)
Perjalanan dari Bangi ke Yunyang UNESCO Global Geopark (UGGp) untuk bersama menjayakan ‘The 9th International Training Course on UGGp’ tidak semudah seperti dijangkakan.
Bergerak dari Bangi jam 11 pagi, dan menaiki flight KUL – Chongqing jan 1.50 pm, kami sampai sekitar 6pm. Dari Chongqing airport, kami perlu menaiki kereta ke Chongqingbei Station untuk menaiki train laju ke Wanzhao pada jam 9.10 pm, dan sampai pada 10.45 pm. Dari Wanzhao kami naik kereta pula ke Galaxy Minyoun Hotel di Yunyang UGGp, dan sampai jam 11.20pm. Ternyata, perjalanan ini mengambil masa lebih 12 jam.
Beginilah lazimnya apabila kami pergi ke geopark di China, Jepun atau Korea. Perjalanan dalam negeri sahaja mengambil masa antara 3 hingga 6 jam yang penuh dengan ketidaktentuan.








