Majlis Meraikan Pejabat GGGS
Selepas hampir 5 tahun beroperasi, akhirnya GGCS memiliki sebuah pejabat baharu – syukur kurniaan Ilahi. Selepas berpindah sekitar 3 bulan lepas, pada 24 November 2025, kami telah mengadakan Majlis Office Warming, dan sambutan tahun pertama perlaksanaan MoU antara UKM dan GGCS.
Lebih 50 rakan datang menyantuni majlis ini – ada yang datang dari Penang, Ipoh dan Kuantan. Mereka adalah rakan kongsi, rakan pakar, institusi kerja sama dan pelanggan setia. Kami amat terharu atas sambutan yang diberikan – semoga persahabatan dan keserakanan berkekalan.
————————————————————-
“Stepping into our new space, celebrating growth with the people who grow with us.”







