Longgang National Geopark, Yunyang UGGp
Longgang (sebutannya longkang) National Geopark adalah ‘geotapak’ landskap kars utama dalam Yunyang UGGp, menjadi tapak geopelancongan bertaraf 5A (tertinggi) sebagai destinasi pelancongan kebangsaan. Terdapat pelbagai prasarana pelancong canggih, antaranya ‘longest cantilever bridges di dunia (27m) dan jatuhan (718m); rintis kaca pada dinding batuan menegak; dan pelbagai kemudahan rekreasi ekstrim.
Longgang ialah landskap kars disebut dolina (tiankeng) iatu lurah besar dan dalam terbentuk disebabkan runtuhan rongga bawah tanah di kawasan batu kapur. Ia membentuk lurah yang dalam dan memanjang, membentuk seperti balang, sehingga dijenali sebagai ‘dragon jar’. Keindahan yang luar biasa sehingga mereka menyebut “last Shangri-la of the three gorges of the Yangtze river”.
Dalam konteks geopelancongan, keindahan fitur kars batu kapur adalah dasar kepada kepelbagaian hidupan (fauna flora) khas, serta perkembangan budaya/ tradisi etnik Tujia yang menjadi penduduk asal di sini.





































































