International Course on UGGp
Hari ketiga training course tumpuan diberikan kepada isu ‘Operasi dan Aktiviti’ UGGp. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah mempengerusikan sesi ini, terdapat 3 syarahan utama iaitu; 1) Zheng Yuanyuan mengenai ‘Operasi, Jaringan & Perkongsian sebagai nilai teras GGN’; 2) Chan Yuanyuan-Nam mengenai ‘Praktis terbaik di Hong Kong UGGp; dan 3) Prof Setsuya Nakada mengenai ‘evaluations and revalidations in the UGGp’.
Seperti biasa, syarahan daripada Prof. Nakada yang bertindak sebagai ‘Chair UGGp Council’ adalah sangat menarik pada sesi ini. Beliau juga merupakan seorang sarjana dalam bidang volkanologi tersohor – menjelaskan hasil penilaian dan penilaian semula 2023-2025.
Secara ringkasnya, syarahan beliau adalah dalam kategori ‘highly factual and analytical’ kerana pembawakan beliau sebagai seorang sarjana. Pembentangan proses penilaian/ penilaian semula amat ‘jelas dan terbuka’, dan sebab mendapat kad kuning diringkaskan untuk rujukan pengurus geopark membuat persediaan pada masa akan datang.






