Great Wall of Dinosaur, Yunyang UGGp
Di Yunyang UGGp, Chongqing terdapat geowarisan bertaraf dunia iaitu Great Wall of Dinosaur yang panjangnya 18 km – World’s Largest Jurassic Dinosaurs Fossil wall. Tapak ini dijumpai pada tahun 2014, dan sejak tahun 2015, ahli paleontologi telah menjumpai 6 famili/ spesies baharu di sini.
Mereka telah membina ‘On-site Dinosaur Fossils Protected Shelter’ untuk melindungi tapak sepanjang 150m, dan tinggi mencapai 10m – usaha pemuliharaan in-situ tercanggih pernah saya perhatikan. Di tapak ini terdapat sebanyak 5,000 tinggalan fosil dinosaur di rawat rapi, dan kini dijadikan tempat pelancong – belajar, mengenali dan mengkagumi zaman keagungan hidupan ini jutaan tahun lampau.
Di tapak ini juga, mereka menjumpai dinosaur sauropod, Yuzhoulong gurenenses, panjang 11m berusia 166 juta tahun iaitu sauropod tertua pernah dijumpai.
Hebat negara China dalam memperkasa bidang geosains dan usaha memelihara khazanah alam. Syabas Yunyang UGGp.












