Hari Ke-2 International Course China
Saya menyampaikan syarahan pertama mengenai “Governance and Management of UNESCO Global Geopark (UGGp)”. Ini adalah komponen ke-3 penting untuk pembangunan geopark yang perlu diberikan perhatian – malangnya kurang diberikan perhatian. Komponen pertama ialah Pemuliharaan Warisan Geologi; dan komponen kedua iaitu Pemerkasaan komuniti setempat.
Dalam sesi pagi, 3 lagi syarahan disampaikan oleh Prof Jin mengenai ‘peranan ahli geologi dalam pembangunan geopark’; Prof Jianping mengenai ‘hubungan antara geodiversiti dengan biodiversiti dan warisan budaya; dan Dr Alireza mengenai Geopark gastronomy.




