@IBK
Posts by :
20 Tahun Global Geopark Network
Ramai yang masih bertanya, apa itu Geopark? Geopark ialah ‘agenda pembangunan lestari wilayah’ (regional sustainable development agenda) yang mempunyai cirian berikut:
- Wilayah yang mempunyai tapak atau landskap geologi (geowarisan) berkepentingan antarabangsa;
- Mempunyai sistem pengurusan berperundangan, seeloknya mengamalkan pendekatan ‘pengurusan bersama’ (co-managment);
- Diurus secara holistik dengan mengambil perhatian utama aspek ‘pemiliharan warisan, pendidikan awam dan pembangunan lestari’;
- Memberi perhatian kepada kesejahteraan dan ekonomi komuniti setempat, dan membantu memperkasa pemuliharan warisan bersepadu (saling hubungan warisan budaya, biologi dan geologi).
Pinakel Dataran Rendah Bau
Galeri Lenggong Geopark
Lenggong ke Arah UGGp
Pekak Pengkalan Huju (dahulunya Keruh), adalah tempat batuan Formasi Keruh didefinisikan, dan gunung berdangai Gunung Kerunai (1000m) dan Gunung Kenderung (1223m) terletak di sempadan Mukim Gerik dan Kenerung. Tuf Gerik, satu lagi formasi batuan yang berada di luar Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan.
Blueprint Langkawi UGGp
Akhirnya, kami berjaya menyiapkan Blueprint atau Pelan Strategik Langkawi UNESCO Global Geopark (2024-2028). Ini merupakan pelan pertama Langkawi selepas 17 tahun menjadi global geopark, khusus merancakkan aktiviti geopark secara komprehensif. Pelan sebelum ini, lebih berfokus kepada peranan LADA (agensi peneraju) mengurus geopark dan pelancongan.
Blueprint ini memperkenalkan inisiatif ‘urusan teras’ – pemuliharaan, tadbir urus, keterlihatan, jaringan & komuniti global. Blueprint juga memperkenalkan 10 Program Berjenama dan 33 Projek Bersasar. Inovasi pengurusan bersama melibatkan perwujudan 10 Pasukan Bertindak melibatkan pakar dan teknokrat berpengalaman untuk membangun kertas pelaksanaan.
Semoga urusan ke hadapan diredhai Ilahi.
Langkawi UGGp II
Pulau Besar Langkawi mempunyai beberapa gunung yang menjadi punca aliran sungai hingga ke muara. Lebih 27 sungai kecil dan sederhana mengalir ke laut di sekeliling pulau ini.
Di setiap muara sungai, terdapat perkampungan dan jeti nelayan pesisir. Mereka adalah bangsa Melayu, yang telah tinggal di kepulauan ini zaman berzaman. Kami sempat melawat lebih daripada 10 muara sungai, antaranya – Teriang, Melaka, Cenang, Batu, Kuah, Kilim, Air Hangat, Kg Badak dan Burau. Pada muara ini terdapat 3 jenis bot iaitu bot ikan bilis, bot nelayan pesisir dan bot pelancong. Kehadiran bot mewakili mewakili aktiviti ekonomi penduduk muara ini.
Mengapa muara sungai menjadi tempat kediaman awal penduduk di sini? Pembangunan pelancongan telah mengubah guna tanah pantai, dan mengapa penduduk tempatan masih cuba mempertahankan kehidupan asalnya? Semua ini perlu jawapan untuk mengurus Langkawi UGGp secara lestari.
Langkawi UGGp
Kami membuat site and drone photography untuk merakamkan pelbagai komponen tradisi dan amalan komuniti setempat di Langkawi Geopark. Suatu yang paling menarik dan ramai yang tidak mengenalinya ialah kehidupan nelayan pesisir – mereka menjadikan muara sungai tempat jetinya.
Kehidupan tradisi nelayan dan destinasi pelancongan antarabangsa adalah 2 fenomena yang seakan bercanggah. Di satu pihak, perkampungan, jeti, gaya hidup masih kekal seperti tahun 1960an; dan yang satu lagi, ruang hotel dan kemudahan seakan hidup di syurga. Saya percaya, kedua-duanya boleh berada di tempat yang sama, tetapi mereka perlu memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Sekarang, hampir semua perkampungan nelayan, tidak dapat kekal dalam keadaan asli – ada yang sudah tersepit dengan hotel 5 bintang di kiri, dan kanannya pula pembangunan kemudahan 5 bintang. Satu hari, mungkin benar kata perpatah, ‘melukut di tepi gantang’ menjadi kebenaran di Langkawi.
Lipis sebagai Geopark Kebangsaan
Pagi ini Jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Dr KSU NRECC, bersidang untuk mengisytihar calon geopark baharu dan memantau geopark kebangsaan lama.
Lipis telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan Ke-11 mulai 9 November 2023. Tahniah, geopark pertama Pahang, dan terima kasih semua pihak berkepentingan utama yang bersama-sama menjayakan wawasan ini.
EGD Blueprint Langkawi UGGp
Pada 23-25 Oktober, kami menganjurkan Experts Group Discussion (EDG) terakhir di Langkawi untuk melengkapkan maklumat bagi penyediaan Pelan Pengurusan (Blueprint) Langkawi UGGp 2024-2028. Pelan ini bakal menjadi asas perancangan strategik dan perlaksanaan program, projek dan aktiviti LUGGp untuk 5 tahun akan datang.
Pada akhir sesi EDG, kami sempat menyampaikan taklimat ringkas kepada pengurusan Unit Geopark bagi mendapatkan maklum balas tambahan sebelum dokumen ini dilengkapkan.
**GGCS ialah syarikat perunding yang diberikan tanggungjawab untuk menyediakan blueprint ini




































