Hari ini sempena Ulang Tahun ke-2, Galeri Geopark Lenggong dibuka untuk awam. Majlis ringkas disempurnakan oleh YB Samsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Lenggong. Saya dijemput sebagai tetamu mewakili Naib Presiden GGN.
Kami sangat teruja kerana konsep dan kandungan galeri ini disediakan oleh GGCS, sementara reka bentuk dan pembinaan dilakukan oleh Yayasan Al-Bohari sebagai sebahagian daripada CSRnya.
Daripada aspek kandungan, ini mungkin ‘galeri pertama’ yang menerapkan idea geopark sepenuhnya. Ia meliputi memperjelaskan konsep geopark, rakan Geopark di Malaysia, dan evolusi bumi dan hidupan mengikut konsep ‘masa geologi’. Pameran di dalamnya meliputi kepelbagaian geologi, biologi dan warisan budaya, serta potensi geopelancongan di Lenggong geopark.
Datanglah melawat ke galeri ini apabila melancong ke wilayah istimewa ini.