BioGeorintis Kubang Badak
Lawatan bersama rombongan Raja Ampat UGGp, Papua Barat ke BioGeorintis Kubang Badak mendedahkan kejutan baharu. Kali ini Koperasi Nelayan Kubang Badak memperkenalkan geoproduk baharu iaitu penghasilan ‘kupang dan tiram’.
3 tahun lepas, 10 orang anak muda dijemput ke Pusat CEMACS-USM di bawah seliaan Prof. Dato’ Dr. Aileen, untuk mempelajari teknik menternak tiram. Kini, selain daripada mengurus geopelancongan BioGeorintis Kubang Badak, Koperasi Kubang Badak berjaya membela ketam, membuka restauran mi udang/ ketam, menternak latut, dan yang terbaharu menternak tiram.
Inilah yang dikatakan ‘geoproduk berinovasi’ anjuran Langkawi UGGp. Juga pemindahan ilmu/ teknologi kepada komuniti melalui wawasan Inovasi Sosial – agenda baharu ilmuwan.