Majlis Pemashyuran Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan
Hari amat bersejarah buat warga geopark apabila Lenggong dimashyurkan oleh DYMM Sultan Perak sebagai Geopark Kebangsaan. YAM Raja Muda dan Raja Dihilir turut hadir menyerikan majlis ini.
Pada masa sama, Galeri Lenggong Geopark turut dirasmikan oleh Tuanku. GGCS amat berbangga dengan sumbangan kami menyediakan ‘kandungan galeri’ ini. Penceritaan sejarah bumi Lenggong yang telah bermula sejak 550 juta tahun lampau.
Dalam majlis yang sama, kami sempat menghadiahkan buku coffee table Raja Ampat Geopark kepada DYMM Tuanku. Buku ini istimewa kerana dihasilkan oleh penyelidik geopark Malaysia yang diberikan mandat oleh pengurusan Raja Ampat UGGp, melalui Jaringan Geopark Indonesia Malaysia.